Khamis, 25 April 2019

PUISI : ENGKAU

Semalam adalah kenangan kita
hari ini itu realiti
aku melihat engkau menjauh
jauh dari nyata yang kucipta
aku cuba mengejar meggapai
tetapi engkau terlalu pantas
lelah aku berusaha

Mungkin 
tiada kisah kita bersama
di masakan datang
aku lepaskan kau berlari
menggapai anganmu 
terbang setinggi kumulonimbus
melihatmu dari jauh
cukup bagiku bahagia

biar cerita itu bukan 
kita pengakhirannya
hanya kau watak dongengku
dan aku watak tintaku
tetapi nyata disana kebersamaan kita
 

Isnin, 1 April 2019

Berhenti



BERHENTI 

Hati dan mimpi 
ada satu asa yang tersimpan 
tertanam indah dalam setiap masa
terkunci erat dengam keazaman
Dengan semangat terbaikmu 
raih, kejar
berjuang dan bertahan

meski jalan itu bukan mudah
lelah, terjatuh, tersia 
itu semua bahagiannya
jangan menoleh, jangan berhenti 
sampai tika di pengakhiran

Just updating some random poem because these how express my feeling....im not good enough to write but still i wanna write my feelings.. sometimes i feel so overwhelmed. i wanna stop what im doing right now. since the beginning i doesnt had any interest  in what i m doing rigth now but for the sake of my parents i keep moving forward.. yes there never force me to do all this to pursue this...this my own choice.... i keep myself together and keep moving even it hard and need so much struggle...i know everything gonna worth at the end....everyday i try to love what im doing right now and the most important pray to Him. if you facing things same like never stop pray to him to easy everything for you, to open your heart accepting all his will. Put your hardwork and trust him.

THIS SOME WISE WORDS I WANNA SHARE:

“Man will not get anything unless he works hard” (Surah al-Najm, 53:39).
There is no doubt about the fact that man cannot make any progress without effort and hard work. For example, one who studies whole-heartedly becomes a scholar. Similarly, a farmer who ploughs the farm, sows seeds in it and waters them, is soon rewarded with crops. On the other hand, whoever is lazy and indolent and does not do any work, is faced with woes and worries. Indolence and irresponsibility results in poverty and grief, and Islam dislikes these things very much. Islam regards hard work a duty.
The Holy Prophet always insisted upon working hard. He is reported to have said: “One who works is the friend of Allah, and one who does not work is considered by Allah, to be His enemy”.
Imam Ja'far al-Sadiq (a), our sixth Imam, also impressed upon the people the advantages of hard work. He has said:
“Allah does not love those who sleep too much, and do not work”.

So lets begin now PLAY HARD WORK HARD.


Selasa, 12 Februari 2019

Tempat Special: MRSM Kuantan

Assalamualaikum,

Selain dari home sweet home aku ada satu tempat lagi yang special gila dekat hati aku. Tempat yang paling aku rindu dan mungkin akan terus merindui sampai bila-bila cewaahh. Tempat tu is MRSM KUANTAN. Adala a few member aku ni cakap yang aku show off 'ye ah budak bijak sbb tu selalu tunjuk sekolah lama'. Its not aku nak show off ke apa tapi tempat ni special sangat2 untuk aku dan aku tak bijsk pon hmm.Why this place special?



Tempat ni saksi pertama kali aku berdikari jauh dari umi abi aku. MRSM Kuantan ajar aku macam2 dalam hidup. Tempat nilah yang membentuk siapa aku sekarang. Jatuh bangun , drama air mata, gelak mengilai macam langsuir jadi senior acah berkuasa hahaha semua kenangan yang memang takkan lupa. Banyak sangat benda kalau nak reminisce balik satu2. Almost every first experience aku berlaku kat sini. Kenal kawan2 dan cikgu2 yang bnyak berjasa dan tolong aku sampai sekarang.



Dengan cikgu bio aku cikgu sayuwa time ambik result dah pencen cikgu ni


Aku dulu start masuk dlm rancangan biasa waktu form 4 and 5 baru sambung pkp. Tapi pkp lagi ke maktab masa zaman kitorang hmm aku pon konfius smpai sekarang. Tapi batch kitorang 12/16 last pkp sbb mktb dah ambik IGCSE... yeayh generasi budak cambridge mewarisi mktb.

Maktab kitorang cantik lain dari lain design dia sebab mktab lama design pon classic gitu sbb design pioneer mrsm. Kalau tengok mrsm pengkalan chepa pon sama dengan kitorang. Sama2 pioneer mrsm.

Tempat special ni ajar aku nak berjaya bukan senang kena ada pengorbanan. Jatuh bangun tersungkur terduduk semua kat sini. Kat sini aku belajar nak build self confidence join kepimpinan, join event mktb best. Sampai event international boleh join. Kebanyakan event semua student handle sendiri, cikgu2 just pantau so klau nk asah bakat kepimpinan bolehlah time ni. Cikgu2 best bnyak tolong pada masa yang masa diorang ajar kitorang berdikari.

Kalau junior yang nak masuk sini aku memang recommend sangat sbb environment best dekat tgh bndar kuantan dan lagi best dekat dengan Pantai Teluk Cempedak. Kalau nak outing senang bnyak mall, nak release tension boleh pergi lepak kat Teluk Cempedak ambik angin. Best.

Makanan Dewan selera pon sedap ( zaman aku) sebab tu aku membesar dengan jayanya hahaha. Bilik best selesa sangat walaupun maktab lama tapi mrsm kuantan fasiliti memang tip top. Bersyukurlah wahai junior yang ada sekarang dan bakal masuk. Belajar malas lagi tak tahu lah nak cakap apa aish.

Lepas habis spm baru dua kali aku balik maktab. First masa ambik result and lepas habis asasi. Sekarang dah jauh nau kat penang makin susahlah nak jenguk. Cikgu2 aku dulu pon ramai dah yang pencen dan pindah mktab. Hmm kalau ade rezeki nak join SPKG19 hmm harap2 free dan pulusnya lebih.

Ok sampai sini jelah kot nak bebel. To all bakal2 kuatagh goodluck belajar rajin2 jangan mengeluh and putus asa.

Selasa, 20 November 2018

Puisi: Hujan

Di tengah lebatnya hujan
kelam menghambat langkahmu
engkau terjatuh, terdiam
larut dalam kebasahan

Jangan pernah engkau menyerah
jangan pernah engkau merasa sendiri
karena ada Dia di sana
dekat di segenap jiwamu

Biar seberapa jauh langkahmu dibuka
jangan peduli tentang badai
teruskan melangkah
yakinlah hujan ini akan berakhir

Berjalanlah terus
biar seribu kali tersungkur
jangan biar langkahmu terhenti
oleh hujan ini
diakhir hujan ini
ada pelangi menanti

-syesaurus-

Jumaat, 15 Jun 2018

PUISI: Sendiri πŸƒ



aku berjalan sendiri
tiada yg disisi
aku melihat mereka
merasai kehadiran mereka
mereka sebaliknya

aku terus sendiri
aku jatuh sendiri
merasai sakit sendiri
sepi itu ku lalui sendiri
kurasakan sukarnya untuk pulih
kerana aku sendiri
sekelilingku tiada menghampiri
tiada kekuatan yang membisik
tiada jiwa yg hadir
aku sendiri meratapi

aku bangkit sendiri
membisik sendiri
hadir kekuatan untuk diri
aku sedar sendiri
aku hanya untuk aku
sendirian...

Selasa, 5 Jun 2018

Puisi : KAU



kau

kau dan aku
dirimu persinggahanku
diriku persinggahanmu
masa itu tidak banyak untuk kita
ianya telah berakhir

dirimu masih dalam diriku
ingatan yg takkan ku padam
hadirmu melengkap sementara
terkesan selamanya
adakah diriku masih dlm dirimu?

ini akhirnya
kau miliki persinggahan lain
yg lebih indah dan bermakna
ku hanya mampu melihat
mendoakanmu dari kejauhan
agar kebahagiaan dan kekuatan
menjadi milikmu
kerna engkau sahabatku
selamanya

i want to write this in english because i feel i want to do so (lol😜) i wrote this special to those who had come in my life and be with me even for a while. thank you for every memory that had been created when we're together.

feel free to comment about my new workπŸ˜„i'll really appreciate it πŸ€—

Khamis, 19 April 2018

MARA's interview 2017

Hey everyone….

Ok entry kali ni saya nak kongsi pengalaman saya interview scholarship MARA. Alhamdulillah result SPM saya ok dan sekaligus melayakkan diri saya untuk mohon scholarship MARA.
First sekali masa isi permhonan korang boleh pilih dua pilihan program yg korang nak macam saya,  saya pilih program persediaan engineering. Pilihan yang ditawarkan MARA ni korang boleh tengok kat laman web MARA.

Setelah korang memohon, korang  tunggu resultnya. Result yang dipanggil untuk interview ni korang boleh check kat laman web MARA ataupun nanti korang akan dapat mesej dar pihak MARA. Kalau tak berjaya untuk fasa pertama ni korang boleh buat rayuan.
Ok untuk interview MARA ni korang akan lalui 2 fasa. Fasa pertama ialah ujian psiometrik dan fasa kedua pula sesi interview.

Untuk ujian psikometrik  masa akan ditentukan dan tak boleh ditukar. So korang kena alert. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam untk 100 soalan. So korang kena alert korang kena jawab pukul berapa. Ujian ini perlu dijawa secara online.  Macam saya dapat sesi pagi pkul 9 sampai 10 pagi. Ujian psikometrik ni dia berunsurkan subjek sains,math, bahasa inggeris, agama dan juga ujian kecenderungan.

Ok dah settle fasa 1 korang kena bersedia fasa 2 iaitu interview. Masa time saya MARA buat dekat KKTM Bangi. Sesi saya petang start dalam pukul 2. Masa sampai tu kitorang terus dikehendaki berkumpul dan berpecah kepada beberapa kumplan. Sesi kitorang dah yang last haritu so kitorang boleh pilih ahli group. Tapi saya tak dapat pun sama group dengan schoolmate sebab sesi berbeza. Satu grup dalam 8 orang camtu.

Selepas sesi pembahagian group kitorang dikumpulkan dlm satu bilik. Masa ni  ada sesi suai kenal dengan ahli group. Time ni penting jugakla sebab waktu ni la korang nak pupuk interaksi antara korang yelah sebelum nikan tak pernah kenal. So sesi ni akan memudah kan korang untuk bekerja secara berkumpulan nanti.

Kemudian kitorang bergerak ke checkpoint pertama. Dekat checkpoint pertama ni kitorang diberi tugasan secara berkumpulan. Kitorang dekehendaki untuk membina jalan raya mengunakan manila kad dan juga straw.Tugasan ini mungkin berbeza mengikut tahun. Masani penilain akan dibuat secara individu. So take part sebaik mungkin.

Then untuk checkpoint yang kedua, bermulah sesi temuduga . Tak silap saya ada 4 orang juri rasanya. First sekali kitorang kena perkenalkan diri (perkenalkan diri seringkas dan sepadat mungkin). Then bermulalah sesi soal jawab dan untuk setiap jawapan tu dia ada masa yang ditetapkan.
Antara soalan yang ditanya ialah…

1.       Kenapa pilih MARA untuk menyambung pengajian kamu?

2.       Wajarkah penerima biasiswa MARA menggunakan wang biasiswa tersebut untuk melancong ke luar Negara?

3.       Bagaimana siswazah dari luar Negara dapat memberi sumbangan kepada MARA dan Negara?

Selepas tamat sesi soal jawab kitorang sekali diberi tugasan secara berkumpulan. Untuk tugasan ni kitorang dikehendaki untuk membuat tugasan berkumpulan. Untuk tugasan kali ini kitorang deehendaki untuk melakonkan watak dalam sebuah kisah yang telh diberikan. After that, tamatlah sesi interview ni.

Ok tu je dulu kot untuk entry kali ni. Kalau ada sebarang kekurang harap dimaafkan sebab setahun dah berlalu ingat2 lupala jadinya. Kalau ada sebarang pertanyaan korang boleh komen kat bawah. Nak mitak tips pon boleh saya sedia nak share. InsyaAllah saya akan jawab secepat mungkin.

Terima kasih sudi membaca entry kali ini. Goodluck untuk sesi temuduga korang.

PUISI : ENGKAU

Semalam adalah kenangan kita hari ini itu realiti aku melihat engkau menjauh jauh dari nyata yang kucipta aku cuba mengejar meggapai ...