Sabtu, 30 September 2017

PUISI: Adakah Masih Di Hati?

Sekeping kertas putih
dinukil rasa hati
mencatat segala luruh
tentang segalaku tinggal
demi angan mimipiku

Pintu itu ku lalu
dengan senyum beriring duka
hati yang berbelah
dicantum harapan
disiram semangat
diluhur sebuah janji

langkah demi langkah
menuju titik sebuah mimpi
terkadang ringan terkadang berat
namun ia tetap sukar
tika sinar itu kian kujejak
ia semakin jauh menghilang
kelam disembunyi kabut
namun tetap diredah
mencari cahaya nan jauh

Kusingkap sang zahir
bertanya ke mana ia menghilang
dimana impianku menghilang
dimana citaku bersembunyi
adakah masih dihati?
ya, ia masih di sini.........

*puisi ni saya buat masa a few days before SPM tahun lepas tapi baru sekarang nak post kat blog sebab mood final ni buat saya cari balik puisi puisi yang saya buat dulu.Saya pun tak tahulah apa kena mengena puisi puisi tu ngan final saya tapi adala certain of them yang remindkan saya tentang hardwork saya masa zaman maktab dulu.Semua orang ada impian dan cita-cita tapi tak semua mampu terus cekal hadapi pelbagai dugaan untuk capai impian dan cita-cita tu.Kalau kita jatuh dan rasa nak mengalah ingat orang lain ada yang gagal teruk lagi kita tapi diorang mampu bangun dan megorak langkah baru untuk masa hadapan yang diorang impikan.Always ingat Allah akan sentiasa tolong umatNya yang berusaha dan paling penting niat tu biarlah sentiasa ikhlas keranaNya.

Sampai sini dulu untuk post kalini,
 Tapi sebelum tu saya nak mintak tolong korang komenkan sikit puisi ni boleh tak?
Terima kasih 🙏😸

KEEP SMILE AND ALWAYS HAVE FAITH ON HIM, INSYAALLAH EVERYTHING WILL BE FINE.......😘😘

PUISI : ENGKAU

Semalam adalah kenangan kita hari ini itu realiti aku melihat engkau menjauh jauh dari nyata yang kucipta aku cuba mengejar meggapai ...