Khamis, 25 April 2019

PUISI : ENGKAU

Semalam adalah kenangan kita
hari ini itu realiti
aku melihat engkau menjauh
jauh dari nyata yang kucipta
aku cuba mengejar meggapai
tetapi engkau terlalu pantas
lelah aku berusaha

Mungkin 
tiada kisah kita bersama
di masakan datang
aku lepaskan kau berlari
menggapai anganmu 
terbang setinggi kumulonimbus
melihatmu dari jauh
cukup bagiku bahagia

biar cerita itu bukan 
kita pengakhirannya
hanya kau watak dongengku
dan aku watak tintaku
tetapi nyata disana kebersamaan kita
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PUISI : ENGKAU

Semalam adalah kenangan kita hari ini itu realiti aku melihat engkau menjauh jauh dari nyata yang kucipta aku cuba mengejar meggapai ...