Khamis, 19 April 2018

MARA's interview 2017

Hey everyone….

Ok entry kali ni saya nak kongsi pengalaman saya interview scholarship MARA. Alhamdulillah result SPM saya ok dan sekaligus melayakkan diri saya untuk mohon scholarship MARA.
First sekali masa isi permhonan korang boleh pilih dua pilihan program yg korang nak macam saya,  saya pilih program persediaan engineering. Pilihan yang ditawarkan MARA ni korang boleh tengok kat laman web MARA.

Setelah korang memohon, korang  tunggu resultnya. Result yang dipanggil untuk interview ni korang boleh check kat laman web MARA ataupun nanti korang akan dapat mesej dar pihak MARA. Kalau tak berjaya untuk fasa pertama ni korang boleh buat rayuan.
Ok untuk interview MARA ni korang akan lalui 2 fasa. Fasa pertama ialah ujian psiometrik dan fasa kedua pula sesi interview.

Untuk ujian psikometrik  masa akan ditentukan dan tak boleh ditukar. So korang kena alert. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam untk 100 soalan. So korang kena alert korang kena jawab pukul berapa. Ujian ini perlu dijawa secara online.  Macam saya dapat sesi pagi pkul 9 sampai 10 pagi. Ujian psikometrik ni dia berunsurkan subjek sains,math, bahasa inggeris, agama dan juga ujian kecenderungan.

Ok dah settle fasa 1 korang kena bersedia fasa 2 iaitu interview. Masa time saya MARA buat dekat KKTM Bangi. Sesi saya petang start dalam pukul 2. Masa sampai tu kitorang terus dikehendaki berkumpul dan berpecah kepada beberapa kumplan. Sesi kitorang dah yang last haritu so kitorang boleh pilih ahli group. Tapi saya tak dapat pun sama group dengan schoolmate sebab sesi berbeza. Satu grup dalam 8 orang camtu.

Selepas sesi pembahagian group kitorang dikumpulkan dlm satu bilik. Masa ni  ada sesi suai kenal dengan ahli group. Time ni penting jugakla sebab waktu ni la korang nak pupuk interaksi antara korang yelah sebelum nikan tak pernah kenal. So sesi ni akan memudah kan korang untuk bekerja secara berkumpulan nanti.

Kemudian kitorang bergerak ke checkpoint pertama. Dekat checkpoint pertama ni kitorang diberi tugasan secara berkumpulan. Kitorang dekehendaki untuk membina jalan raya mengunakan manila kad dan juga straw.Tugasan ini mungkin berbeza mengikut tahun. Masani penilain akan dibuat secara individu. So take part sebaik mungkin.

Then untuk checkpoint yang kedua, bermulah sesi temuduga . Tak silap saya ada 4 orang juri rasanya. First sekali kitorang kena perkenalkan diri (perkenalkan diri seringkas dan sepadat mungkin). Then bermulalah sesi soal jawab dan untuk setiap jawapan tu dia ada masa yang ditetapkan.
Antara soalan yang ditanya ialah…

1.       Kenapa pilih MARA untuk menyambung pengajian kamu?

2.       Wajarkah penerima biasiswa MARA menggunakan wang biasiswa tersebut untuk melancong ke luar Negara?

3.       Bagaimana siswazah dari luar Negara dapat memberi sumbangan kepada MARA dan Negara?

Selepas tamat sesi soal jawab kitorang sekali diberi tugasan secara berkumpulan. Untuk tugasan ni kitorang dikehendaki untuk membuat tugasan berkumpulan. Untuk tugasan kali ini kitorang deehendaki untuk melakonkan watak dalam sebuah kisah yang telh diberikan. After that, tamatlah sesi interview ni.

Ok tu je dulu kot untuk entry kali ni. Kalau ada sebarang kekurang harap dimaafkan sebab setahun dah berlalu ingat2 lupala jadinya. Kalau ada sebarang pertanyaan korang boleh komen kat bawah. Nak mitak tips pon boleh saya sedia nak share. InsyaAllah saya akan jawab secepat mungkin.

Terima kasih sudi membaca entry kali ini. Goodluck untuk sesi temuduga korang.

1 ulasan:

PUISI : ENGKAU

Semalam adalah kenangan kita hari ini itu realiti aku melihat engkau menjauh jauh dari nyata yang kucipta aku cuba mengejar meggapai ...